Memandangkan SMKK (or MCMC) sedang kena on-fire pasal senyap2 depa soh ISP block DDL sites (yang aku tak kesah pun pasal ada cara lain nak workaround anyway), aku nak buat repot tentang Email phishing yang aku baru dapat semalam:
Nama: Axxxxxxxxx
No. K/P: takde
Jantina: lelaki
emel: adjnapsjfnsfd@asdojna.com
alamat: rumah saya. kat depan jalan rumah saya.
jenis perkhidmatan: others/lain-lain, letak email phishing.
huraian masalah:
saya mendapati email phishing dari IP 58.71.168.105 (longhouse.webserversystems.com) pada 12/6 15:56 petang yang kononnya berasal dari noridahhakim22@yahoo.com. Email tersebut telah di-set-kan untuk di-reply kepada noridahhakim34@yahoo.com.
Saya telah membalas email pertama tersebut dengan mengatakan saya inginkan informasi lebih lanjut tentang penghantar dan dia telah membalas email saya dari noridahhakim34@gmail.com.
Kini dia mengatakan bahawa dia ada wang sebanyak $3.5Juta dan $5Juta dalam saham. Dia juga meminta nombor telefon saya untuk diperkenalkan kepada attoney dia.
tuntutan:
Sila siasat siapakah yang menghantar email ini dari IP yang tertera di atas. Mengikut siasatan saya menggunakan IP address locator, saya mendapati bahawa IP tersebut berasal dari sebuah lokasi di Petaling Jaya. Saya harap MCMC akan mengambil tindakan lanjut supaya rakyat Malaysia tidak tertipu dengan email phishing ini. Sekian.
Dan dah daftarkan aduan, kita dapat nombor aduannya: 0326/06/11
So kawan-kawan, kalo dapat email phishing tu, jangan tekan button spam tu. Pi buat repot terus. Pi repot bank2 korang, mcmc, skmm, bank negara, RBL (spamhaus, spamcop, etc). Pastikan bahawa sampah2 phisher mail ni semua mati sengsara tipu orang macam kita.
Sekian.
Update: Dah repot kat SpamCop.net plak
http://www.spamcop.net/sc?id=z5036848897zbe5c3fa88e2cb9eca77b2c21bcda93c7z
No comments:
Post a Comment